Lawatan PM ke Arab Saudi: Speaker tegur Wan Fayhsal jangan seperti zoo!
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 28 MAC 2023

Selepas usulnya berhubung lawatan rasmi Perdana Menteri ke Arab Saudi ditolak, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sekali lagi membangkitkan isu itu di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, beliau sudah menerima jawapan balas daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan meminta cadangan saluran lain untuk beliau mendapat penjelasan berhubung isu tersebut.

Sebelum ini media melaporkan, pembangkang akan mengemukakan usul berkenaan bagi meminta penjelasan tujuan lawatan Anwar yang didakwa satu tamparan hebat ke atas Malaysia.

Artikel: https://go.sinar.la/3LUP19J

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian