Tekun Nasional: RM5 juta diperuntuk buat usahawan pasar tamu Sabah & Sarawak

  • tahun lalu
Sebanyak RM5 juta diperuntukkan kepada usahawan pasar tamu di Sabah dan Sarawak melalui Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT) menerusi Tekun Nasional yang dilancarkan pada Sabtu.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, pembiayaan mikro sehingga RM5,000 bagi setiap usahawan itu disediakan bagi membantu golongan yang rata-rata menjalankan perniagaan secara informal dan tidak mempunyai lesen perniagaan.

Disyorkan