TEKUN Nasional: SPIN sedia RM50 juta bantu usahawan tidak formal

  • 2 tahun lalu
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) hari ini melancarkan Skim Pembiayaan Informal (SPIN) dengan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membantu membiayai usahawan sektor tidak formal yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata SPIN dijangka memberi manfaat kepada 10,000 usahawan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapat pembiayaan antara RM1,000 dan RM5,000.

Disyorkan