"Fokus terapkan nilai tanggungjawab sosial kepada pelajar"
  • tahun lalu
"Fokus terapkan nilai tanggungjawab sosial kepada pelajar"

BERITA SEMASA 14 MAC 2023

Lawatan ke syarikat swasta dan entiti kerajaan adalah pendekatan baik dalam memberi pemahaman kepada pelajar terutama daripada institusi luar negara mengenai tanggungjawab sosial di Malaysia.

Seramai 75 pelajar terdiri daripada Babson College Amerika Syarikat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan Yayasan Selangor mengadakan satu lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, Selangor untuk diberi pendedahan bagaimana sesebuah syarikat mengamalkan nilai yang penting dalam perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bina Pavo, Dr Leilainie Mohd Nor berkata, nilai tanggungjawab menjaga kesejahteraan komuniti dan kelestarian menjadi fokus utama yang perlu diterapkan dalam kalangan pelajar.

Muzik: Elevate dari www.besound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian