Bantuan banjir MySinar fokus kawasan kurang tumpuan
  • tahun lalu
Bantuan banjir MySinar fokus kawasan kurang tumpuan

BERITA SEMASA 24 DISEMBER 2022

Bantuan banjir yang dianjurkan oleh Pertubuhan Sinar Prihatin Malaysia (MySinar) memberi fokus kepada kawasan di Terengganu dan Kelantan yang kurang mendapat tumpuan.

Ketua Projeknya, Rosdi Md Hasan berkata, bantuan yang diterima sangat memberangsangkan dan akan diagihkan ke Besut, Terengganu manakala Kelantan di Pasir Puteh, Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Pasir Mas.

Jelasnya, di kawasan tersebut air masih tidak surut dan ramai masih tidak mendapat bantuan.

Pada Rabu, MySinar melancarkan Program Pengumpulan Barang-Barang Keperluan untuk Mangsa Banjir di Kelantan dan Terengganu di Kompleks Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

https://bit.ly/3IhRadZ

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Sebarang pertanyaan hubungi penyelaras bantuan banjir di talian 011-10297273 (Rosdi Md Hasan) atau 011-10118384 (Mohd Sanusi)