Veteran ATM Sabah, Sarawak paling ramai tak daftar BSH: Tok Mat
  • tahun lalu
Veteran ATM Sabah, Sarawak paling ramai tak daftar BSH: Tok Mat

BERITA SEMASA 13 MAC 2023

Kerajaan sedang mengesan veteran Angkatan Tentera Malaysia yang layak serta masih belum mendaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM untuk membolehkan mereka menerima Bantuan Sara Hidup.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sehingga kini sebanyak 97% daripada 9,000 veteran ATM tidak berpencen telah menerima bantuan bulanan tersebut.

Beliau menambah pihaknya telah mencadangkan supaya penambahan jumlah penerima bantuan sara hidup bulanan RM300 kepada veteran ATM, sama ada berpencen atau tidak berpencen, dinaikkan daripada 9,000 kepada 15,000 penerima.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian