Hishammuddin, Maulizan wajar diberi ruang merayu: UMNO Johor

  • tahun lalu
Hishammuddin, Maulizan wajar diberi ruang merayu: UMNO Johor

MOJO LIVE 4 FEBRUARI 2023

[MOJO LIVE] Sidang media Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Johor di Bangunan UMNO Johor, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, UMNO Johor bersetuju supaya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang wajar diberi ruang merayu.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Johor.

Dalam mesyuarat sama, beliau memaklumkan Tan Sri Shahrir Ab Samad tidak akan bertanding dalam pemilihan bahagian kali ini.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian