Ibu Pejabat UMNO Johor lengang
  • tahun lalu
Ibu Pejabat UMNO Johor lengang

BERITA SEMASA 19 NOVEMBER 2022

Pusat gerakan BN di Ibu Pejabat UMNO Johor di Jalan Yahya Awal Johor Bahru agak lengang, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin

Kerusi yang disusun di dalam pusat gerakan itu juga dilihat masih banyak kosong.

Hanya Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Menteri Besar dan Setiausaha UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali kelihatan memasuki pusat gerakan bagi meninjau keputusan terkini PRU15.