Guna papan ACP, gam silikon elak air masuk rumah
  • tahun lalu
Guna papan ACP, gam silikon elak air masuk rumah

BERITA SEMASA 26 DISEMBER 2022

Idea kreatif yang muncul saat akhir berhasil menyelamatkan rumah seorang peniaga di perumahan fasa 4, Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak, di Kuala Nerus, Terengganu daripada dimasuki air, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Saranan daripada rakan mendorong Zuhri Taib menggunakan papan aluminium composite panel yang dilekatkan menggunakan gam silikon akuarium bagi menghalang air memasuki lima pintu, termasuk dua pintu bilik air di rumahnya.

Bapa kepada tiga anak itu memberitahu, bencana banjir berlaku pada 20 Disember lalu menyebabkan laluan ke rumahnya dinaiki air setinggi satu meter manakala air melepasi pintu rumah setinggi 0.6 meter.

Artikel: https://bit.ly/3HZblx1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa