Banjir | NGO perlu salur bantuan guna agensi keselamatan
  • tahun lalu
Orang ramai atau badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir diminta berbuat demikian menerusi agensi-agensi keselamatan bagi tujuan penyelarasan.

Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) (Ketua Cawangan Khidmat Kemanusiaan) Lt Kol (PA) Amirsarifudin Zalman berkata langkah itu dapat mengelakkan mereka daripada berdepan risiko kejadian tidak diingini, jika turun ke lokasi bencana.