Tanah runtuh: Mesin GPR bantu operasi SAR
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 18 DISEMBER 2022

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan 'ground penetrating radar' bagi mengesan baki mangsa yang masih hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father Organic Farm, Jalan Gohtong-Batang Kali, Hulu Selangor pada Ahad.

Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, penggunaan GPR digunakan buat pertama kali dalam operasi SAR di Malaysia.

Dalam pada itu, khidmat lapan jentera pengorek (excavator) dan Unit Anjing Pengesan (K9) digunakan dalam operasi mencari terbabit.

Artikel: https://bit.ly/3G0hrLZ

#SinarHarian #BeritaSemasa