Tragedi tanah runtuh Batang Kali ragut banyak nyawa
  • tahun lalu
Tragedi tanah runtuh Batang Kali ragut banyak nyawa

BERITA SEMASA 16 DISEMBER 2022

Setakat jam 9 pagi, dua dilaporkan meninggal dunia manakala 51 lagi masih belum ditemui dalam tragedi tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali pada Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian tanah runtuh itu pada jam 2.24 pagi.

Dilaporkan, kejadian tersebut telah berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.

Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar.

Artikel: https://bit.ly/3YtolR7

Sumber: Jabatan Bomba & Penyelamat/Bernama/Bomba Selangor/APM Selangor

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #tanahruntuh #BatangKali