[TERKINI] Spekulasi Speaker Parlimen, Johari Abdul letak jawatan ADUN Gurun

  • tahun lalu
Spekulasi pencalonan bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebagai Speake Dewan Rakyat semakin menjadi realiti apabila beliau umum letak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun pada Ahad.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah itu mengesahkan beliau telah mengutuskan sepucuk surat kepada Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat bagi tujuan itu dengan ia telah sah diterima bertarikh 13 Disember 2022.