Protes desak ADUN Ajil letak jawatan

  • 6 years ago
Kira-kira 100 ahli UMNO kawasan dewan undangan negeri (DUN) Ajil, berhimpun secara aman bagi mendesak bekas exco kerajaan negeri, Ghazali Taib yang meninggalkan parti supaya melepaskan jawatan sebagai ahli dewan undangan Negeri Ajil.

Mereka membawa pelbagai sepanduk dan berarak daripada pekan Ajil ke pekarangan pejabat DUN Ajil yang terletak kira-kira 100 meter dari kediaman Ghazali.