Bubar DUN | Segerakan di Kedah, Kelantan dan Terengganu

  • tahun lalu
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dipimpin Menteri Besar daripada Perikatan Nasional (PN) wajar dibubarkan dalam masa terdekat, sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman.

Cadangan itu disyorkan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim selepas sokongan kepada gabungan itu meningkat, terutamanya daripada orang Melayu ketika 19 November lalu.