PRN: Sultan Kedah perkenan bubar DUN 28 Jun

  • 11 bulan lalu
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memperkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, 28 Jun depan.

Ia bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 akan datang.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas sesi menghadap bagi memohon perkenan pembubaran DUN Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini.