BKK 2022 | Penjawat awam Selangor dapat bantuan khas dua bulan setengah gaji
  • tahun lalu
Selangor umum Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2022 sebanyak dua bulan setengah gaji kepada semua anggota yang berkelayakan dan berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri itu tahun ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan itu termasuk untuk anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh kerajaan Persekutuan.