Pasca PRU15 | Zahid nafi GPS runding bentuk kerajaan bersama PN

  • tahun lalu
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan Barisan Nasional ada rundingan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional.

Presiden UMNO itu turut menegaskan, tiada sebarang perundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud adanya persefahaman penubuhan kerajaan bersama gabungan tersebut.