PRU15: BN, PH mahu runding GPS bentuk kerajaan
  • tahun lalu
PRU15: BN, PH mahu runding GPS bentuk kerajaan

BULETIN TIKTOK 18 NOVEMBER 2022

UMNO menegaskan rundingan selepas PRU15 hanya akan berlangsung dengan Gabungan Parti Sarawak, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin dan Farina Rauf.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ketiadaan sebarang rundingan dengan gabungan dan parti politik lain dibuat atas keyakinan BN akan menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah selepas hari mengundi pada Sabtu.

Turut sama berharap Pakatan Harapan juga mahu membuat satu gabungan dengan parti Sabah dan Sarawak bagi membentuk kerajaan pada PRU15.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, setakat ini PH yakin satu-satunya gabungan yang jelas mendapat sokongan adalah Gabungan Parti Sarawak.

Muzik: Artlist.co

Artikel: https://bit.ly/3VaRkXM

#BuletinTikTok #SinarHarian