Angkara tolak rasuah Mohd Rosli ditukar 24 jam

  • 2 tahun lalu
Angkara tolak rasuah Mohd Rosli ditukar 24 jam

BERITA SEMASA 15 NOVEMBER 2022

Calon Pejuang Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd Rosli Ramli nekad membersihkan negara dari gejala rasuah jika diberi mandat oleh rakyat selepas PRU15, lapor wartawan Sinar Harian, Mukhriz Mat Husin.

Beliau selaku bekas penjawat awam pernah berhadapan dengan pelbagai cabaran apabila cuba disogok untuk mendapatkan tender sehingga ditukarkan 24 jam oleh pihak atasan.

Katanya, SOP dan sistem yang diperkenalkan kerajaan untuk menolak rasuah adalah yang terbaik namun jika terdapat individu yang culas dan tidak berintegriti melaksanakannya maka sistem tersebut akan gagal sekali gus gejala rasuah ini kekal dalam masyarakat.

#beritasemasa
#pru15