PH Raub ikrar jaga integriti, tolak rasuah
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 8 NOVEMBER 2022

Calon Pakatan Harapan P.80 Raub, Pahang dari Dap, Chow Yu Hui memberi komitmen sepenuhnya untuk menjaga integriti, menolak rasuah, tidak akan salah guna kuasa dan menunaikan janji kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Nik Amirul Muk Min Nik Min.

Menurutnya, memegang erat nilai intergriti satu etika yang wajib ada pada setiap pemimpin termasuk dari parti politik di negara ini.

Menurut beliau, budaya negatif itu perlu diperangi habis-habisan kerana ia telah berlaku di semua peringkat baik di bawah mahupun atasan.

#BeritaSemasa #SinarHarian