PRU15 | Mohd Shafie berdepan saingan empat penjuru, PRK DUN Bugaya tujuh penjuru
  • tahun lalu
Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berdepan saingan empat penjuru di kerusi P.189 Semporna pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Juraimin Jadil sekitar pukul 11 pagi.

Mohd Shafie akan ditentang oleh muka baharu iaitu calon daripada Pakatan Harapan (PH), Arastam Pandorog dan Nixon Abdul Habi mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Seorang lagi yang bakal merebut kerusi Parlimen tersebut ialah Ab Rajik @ Ab Rajak Ab Hamid daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).