PRU15 | Tok Mat berdepan saingan lima penjuru
  • tahun lalu
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan berdepan dengan saingan lima penjuru selepas empat lagi calon mengesahkan pencalonan mereka bagi merebut kerusi P131 Parlimen Rembau.

Pada proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Seri Rembau di sini pagi tadi, kesemua calon-calon hadir bersama wakil parti dan penyokong mereka seawal jam 8 pagi lagi.

Tok Mat akan berdepan dengan cabaran daripada calon empat parti lain iaitu Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Gerakan Tanah Air (GTA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Disyorkan