Bekas ketua kampung bantah pencalonan Zhemin

  • 2 tahun lalu
Bekas ketua kampung bantah pencalonan Zhemin

BERITA SEMASA 30 OKTOBER 2022

Seramai kira-kira 20 pengerusi Majlis Pengurusan dan Keselamatan Kampung (MPKK) di kawasan Parlimen Kampar mendesak kepimpinan PH untuk mengekalkan penyandang kerusi berkenaan, Thomas Su Keong Siong,
laporan Wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Wakil kumpulan berkenaan, Mohd Lot Abdul Hamid berkata, Thomas Su lebih menyerlah dan sangat disenangi masyarakat tempatan termasuk Orang Asli kerana perkhidmatan cemerlang di kawasan Kampar.

Menurutnya, permintaan itu merupakan hasrat akar umbi dan berasaskan keadaan semasa yang memperlihatkan Thomas Su diterima semua kaum di kawasan Parlimen ini.

#BeritaSemasa #SinarHarian