Kalau tak tercalon PRU15, 'call' Talian Kesihatan Mental: KJ

  • 2 tahun lalu
Kalau tak tercalon PRU15, 'call' Talian Kesihatan Mental: KJ

BERITA SEMASA 22 OKTOBER 2022

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berseloroh dengan menyarankan mana-mana ahli politik yang tidak tercalon untuk PRU15 nanti menelefon talian Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan atau HEAL 15555 yang mula beroperasi semalam.

Dalam masa sama, beliau turut bergurau akan menggunakan talian itu kerana belum diberikan kerusi untuk bertanding pada PRU15.

Bagaimanapun, seloka tersebut sekaligus menguatkan teka-teki kerusi Parlimen manakah yang akan ditandingi bekas Ahli Parlimen Rembau itu setelah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan difahamkan akan mengambil alih kawasan tersebut dalam pilihan raya umum kali ini.

Video: Facebook KKM

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15