Ini bukan silibus Radzi Jidin, jangan politikkan pendidikan - Menteri
  • 2 years ago
Silibus pelajaran semasa yang digunakan di sekolah rendah dan menengah telah dilaksanakan sejak 2017 dan bukannya dibuat di bawah pentadbirannya, kata Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.

Menurut Radzi, pembangunan silibus pelajaran mengambil masa yang panjang dan perlu melalui proses yang terperinci sebelum ia dapat dilaksanakan di sekolah.

Menteri itu turut menegaskan bahawa adalah tidak wajar untuk isu pendidikan 'dipolitikkan' sesetengah pihak ketika musim pilihan raya.