Sektor Tenaga | Kerajaan kaji semula dasar berkaitan sektor tenaga
  • 2 tahun lalu
Kerajaan akan mengkaji semula semua dasar berkaitan sektor tenaga termasuk manfaat Akses Pihak Ketiga (TPA) terhadap insfrastruktur grid bagi memastikan matlamat negara, iaitu pelepasan gas rumah kaca (GHG) bersih sifar pada tahun 2050 seperti digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 tercapai.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan mengadakan kerjasama dengan pihak terlibat bagi menyelesaikan cabaran teknikal dan kos bagi memajukan industri ini.