Helikopter Terhempas | Juruterbang masih hidup ketika pertama kali dikesan

  • 2 tahun lalu
Juruterbang kepada helikopter yang terhempas di kawasan Hutan Simpanan Chikus, Tsz Kin Richard Chan masih hidup sekitar jam 8 pagi, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata kenyataan awal beliau mengenai nasib juruterbang itu berdasarkan maklumat dan transkrip audio yang diterima dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).