Lawatan Kerja | Ismail Sabri terima kunjungan hormat TPM Singapura

  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong di Perdana Putra, yang menyaksikan kedua-dua negara terus memperkukuh hubungan akrab mereka.

Ini merupakan lawatan sulung Wong merangkap Menteri Kewangan Singapura ke Malaysia selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri republik itu pada Jun lepas.