Lawatan Rasmi | Ismail Sabri tiba di Tokyo untuk lawatan sulung ke Jepun
  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Tokyo pada malam Isnin bagi memulakan lawatan kerja rasmi ke Jepun, dengan beberapa pertemuan berprofil tinggi telah diatur bagi memenuhi lawatan enam hari itu.

Lawatan pertama Ismail Sabri ke Jepun selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, merupakan lawatan paling berprofil tinggi ke negara matahari terbit itu selepas lebih dua tahun, susulan sekatan perjalanan disebabkan pandemik COVID-19.
Disyorkan