Integriti | Kejayaan kes berprofil tinggi hasil perjuangan SPRM

  • 2 tahun lalu
Gabungan risikan secara berkesan jadi kunci kepada kejayaan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) biarpun berdepan berdepan pelbagai cabaran untuk memastikan pesalah dibawa ke muka pengadilan.

Menurut Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, beberapa kes berprofil tinggi yang sedang berjalan serta kes yang baru diputuskan Mahkamah Persekutuan merupakan hasil perjuangan yang panjang badan pencegah itu.