Inisiatif Kerajaan | 337 keluarga berpindah masuk 22 Ogos depan

  • 2 tahun lalu
337 keluarga dari Kampung Panglima Seman, Kampung Semarang dan Kampung Pulo akan berpindah masuk ke Projek Perumahan Darul Hana di Kuching mulai 22 Ogos ini.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata kediaman kumpulan pertama telah dilengkapkan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air.