Penghuni berhampiran tanah runtuh di Kampung Ijok diarah berpindah

  • 2 tahun lalu
Penghuni lima rumah di Kampung Teras, Ijok dekat Parit Buntar Perak diarahkan berpindah segera kerana kedudukan berhampiran kawasan tanah runtuh yang mengorbankan seorang penduduk dan memusnahkan tiga rumah.

Selain itu, penghuni hampir 50 buah rumah di sekitar kawasan tanah runtuh juga diminta berpindah kerana berisiko walaupun belum sampai ke tahap merbahaya.