Peguam Najib bertegas tidak buat penghujahan minggu depan

  • 2 years ago
Peguam Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa mereka tidak akan membuat sebarang penghujahan dalam rayuan kes SRC minggu depan.

Bagaimanapun Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat berkata mahkamah akan tetap memberi peluang kepadanya untuk menyediakan penghujahan lisan.