PKR bertegas tetap mahukan PAS

  • 9 years ago
Di sebalik bantahan DAP, PKR hari ini bertegas mengekalkan pendirian mereka untuk mengajak PAS menyertai gabungan baru pembangkang selepas Pakatan Rakyat berkubur beberapa bulan lalu.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata partinya sentiasa mengalu-alukan semua kumpulan yang sependapat untuk menghadapi BN pada pilihan raya umum akan datang.