Agong mahu rakyat sokong RUU Kawalan Produk Tembakau

  • 2 years ago
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan sokongannya ke atas RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibentangkan kerajaan dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Sultan Abdullah bertitah, baginda merasakan perkara itu satu usaha yang cukup murni, dan berharap seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan supaya RUU itu dapat dikaji dan diteliti.