Yang di-Pertuan Agong cemar duli ke PRABN, terima taklimat cuaca

  • 2 years ago
Tumpuan hari ini terarah kepada Istana Negara selepas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Pada sekitar jam 10.10 pagi tadi, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah meninggalkan Istana Negara untuk menuju ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir (PRABN) Negara bagi menerima taklimat mengenai cuaca dan banjir.