Polis Johor henti siasatan kes tipu hartanah Teddy Teow
  • 2 years ago
Polis Johor menghentikan siasatan kes penipuan pembelian hartanah di Pekan Nanas, Pontian membabitkan seorang ahli perniagaan Teow Wooi Huat atau dikenali sebagai Teddy Teow.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata, keputusan itu dibuat oleh Pejabat Pendakwa Raya kerana ia diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Bagaimanapun siasatan terhadap individu tersebut membabitkan kes-kes lain masih diteruskan polis Bukit Aman.