Cemar Reputasi | Tok Pa nafi seleweng dana PRU14

  • 2 tahun lalu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau menyeleweng dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang disalurkan kepada badan perhubungan UMNO Kelantan.

Menerusi satu kenyataan Mustapa berkata, semua dana parti itu telah diuruskan mengikut garis panduan parti termasuklah dana untuk pilihan raya yang diuruskan jawatankuasa berkenaan di peringkat Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Disyorkan