AWANI Ringkas: Talian Kasih terima 157,000 panggilan sejak PKP | Ada pihak sengaja cemar air untuk jatuhkan imej kerajaan Selangor - MB

  • 2 tahun lalu
Talian kasih menerima 157,000 panggilan telefon sejak kerajaan mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac lalu.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun daripada jumlah berkenaan 96 peratus daripadanya adalah untuk memohon bantuan.
Kerajaan Selangor percaya insiden pencemaran bau di Loji Indah Water Konsortium (IWK) di Taman Velox, Rawang, sengaja dilakukan pihak tertentu bagi memburuk-burukkan imej pentadbiran negeri itu.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata premis yang disyaki menjadi lokasi pembuangan sisa bahan kimia, difahamkan baru sahaja disewa dua minggu lepas.

Disyorkan