Gelombang Panas | Jepun keluarkan amaran strok haba di 6 wilayah

  • 2 tahun lalu
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran strok haba untuk enam wilayah di negara itu memandangkan suhu dijangka meningkat melebihi 35 darjah celsius sepanjang hari.

Gelombang haba di Jepun biasanya berlaku pada separuh kedua bulan julai dan pada bulan Ogos, dengan suhu dijangka meningkat kepada maksimum 39 darjah celsius, kata agensi itu.