Strok Haba | Elakkan terdedah kepada cuaca panas

  • 2 tahun lalu
Cuaca panas yang melanda ketika ini berikutan fasa akhir Monsun Timur Laut boleh menyebabkan berlakunya strok haba jika terdedah kepada panas terik.
Menurut Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof, strok haba boleh terjadi sekiranya suhu badan manusia melebihi 40.5 darjah selsius berbanding suhu normal 37 darjah.