WEF2022 | Indeks daya saing pelancongan, Malaysia jatuh 9 anak tangga

  • 2 tahun lalu
Malaysia menduduki tangga ke 38 bagi indeks daya saing pelancongan dan pengembaraan yang dijalankan oleh World Economic Forum (WEF).

Menerima skor 4.3, penurunan 9 anak tangga berbanding kedudukan ke 29 pada 2019 dengan perbandingan 8.4 peratus berbanding purata global.

Malaysia ketinggalan di belakang negara jiran Thailand pada kedudukan ke 36 dengan skor sama dan Indonesia di tempat ke 32.