[TERKINI] Indeks Prestasi Logistik Bank Dunia, Malaysia melonjak 15 anak tangga

  • tahun lalu
Malaysia mencatatkan peningkatan yang ketara dalam Indeks Prestasi Logistik (LPI) Bank Dunia 2023 dengan melonjak 15 tangga ke tempat ke-26 di antara 139 negara. Prestasi ini menjadikan Malaysia sebagai negara ASEAN kedua terbaik dalam LPI selepas Singapura. Laporan LPI yang dikeluarkan setiap tiga tahun memberikan pandangan terkini mengenai prestasi logistik perdagangan di seluruh dunia dan merupakan alat penanda aras untuk membantu negara meningkatkan daya saing.