Bekalan ayam kurang di pasaran

  • 2 tahun lalu
BERITA SEMASA 21 MEI 2022

Tinjauan bekalan dan jualan ayam di Pasar Borong Selangor, di Seri Kembangan, Selangor, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin dan Muhammad Amnan Hibrahim.

kekurangan ayam segar di pasaran masih lagi membelenggu rakyat Malaysia terutamanya kepada penjual dan pengguna.

Pada Jumaat, tular di media sosial 'Selangor tiada ayam' pada Sabtu.

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS).

Pengerusinya, Idrus Zainal Abidin berkata, permasalahan tersebut disebabkan isu bekalan berpunca ayam sakit.

Katanya, ribuan anak ayam dari rebannya mati disebabkan sakit dan masalah sama turut dihadapi oleh kebanyakan penternak di Selangor.

Sekiranya ada pun ayam daripada penternak lain, kemungkinan bekalan hanya boleh didapati dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Ketiadaan bekalan ayam yang merupakan antara bahan makanan dengan sumber protein yang paling digemari rakyat Malaysia itu pastinya akan menimbulkan keresahan rakyat.

Apatah lagi, masih berada di musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, pasti sudah ramai yang merancang untuk mengadakan rumah terbuka pada hujung minggu.



Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik:www.bensound.com


#Beritasemasa #Krisisnegara #SinarHarian