Proses sendiri padi bagi mendapatkan bekalan beras untuk kegunaan harian

  • 6 bulan lalu
Proses sendiri padi bagi mendapatkan bekalan beras untuk kegunaan harian

BERITA MOJO 4 NOVEMBER 2023

Sebuah keluarga mengambil insiatif memproses sendiri padi bagi mendapatkan bekalan beras untuk kegunaan harian mereka di Alor Berala, Pendang, di Kedah, sejak tiga tahun lepas, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Disebabkan itu, kata pesawah,Mohd Zabidi Abdullah, 57, mereka sekeluarga mendapat bekalan seperti biasa ketika penduduk bandar sukar memperolehi beras tempatan.

Tambah pesawah itu, dia boleh memproses sendiri 20 kilogram (kg) padi untuk dijadikan beras menggunakan mesin memproses beras dalam tempoh lima minit sahaja.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini