Vaksin COVID-19 | 30.6 peratus kanak-kanak terima dua dos

  • 2 tahun lalu
Sebanyak 1.085 juta atau 30.6 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKIDS) setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW sebanyak 1.657 juta kanak-kanak atau 46.7 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.