PICKids | 20.4 peratus kanak-kanak di Terengganu terima vaksin

  • 2 tahun lalu
Hanya 20.4 peratus atau 36,427 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Terengganu telah menerima suntikan vaksin bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata menerusi itu negeri Terengganu masih berada pada tangga kedua terendah dalam pengambilan vaksin tersebut.