[LIVE] Bila hadiah jadi rasuah
  • 2 tahun lalu
Budaya memberi hadiah kepada seseorang sebagai penghormatan dan penghargaan adalah perkara biasa dan amat digalakkan. Tetapi kini budaya tersebut yang pada asalnya bertujuan mulia telah di salah guna dalam memenuhi hajat secara cepat.

Kebanyakan individu tidak menyedari bahawa hadiah yang diterima daripada pemberi ada kala menjadi umpan dan titik permulaan berlakunya rasuah. Justeru, tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan barangan mendorong kepada kegiatan tidak bermoral ini.

Cara fikir yang silap tentang rasuah juga menyebab ramai yang menyalah guna di antara rasuah dan hadiah, seolah-olah perbuatan ini ‘dibolehkan’ dalam masyarakat Malaysia.

Ikuti kupasan lanjut, ‘Bila hadiah jadi rasuah’ pada Rabu, 4 Mei 2022, jam 8.30 malam di semua platform digital Sinar Harian.

#SinarHarian
#RasuahBusters
#SinarUntukMalaysia
#MalaysiaTanpaRasuah