Jangan bila dah jadi menteri, kurang ambil tahu soal parti - Mat Sabu
  • 4 bulan lalu
Jangan bila dah jadi menteri, kurang ambil tahu soal parti - Mat Sabu

BERITA MOJO 17 DISEMBER 2023

Semua parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu terus berusaha menguatkan parti meskipun kini sudah sebagai pemerintah, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ini kerana kekuatan parti yang akan menentukan kemenangan dalam pilihan raya dan bukannya jawatan dalam kerajaan yang dipegang.

Beliau mengambil contoh apa yang terjadi kepada Pakatan Harapan (PH) yang baharu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 tetapi kemudiannya kalah pada Pilihan Raya Kecil(PRK) Cameron Highland, Semenyih dan Tanjung Piai.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/640110/berita/politik/quotjangan-bila-dah-jadi-menteri-kurang-ambil-tahu-soal-partiquot---mat-sabu

#BeritaMojo #SinarHarian #SinarTerkini